




KARYA AGUNG MELAYU IALAH KARYA YANG MELAMBANGKAN KEUNGGULAN DAYA CIPTA SENIMAN, PENULIS DAN PEMIKIR BANGSA MELAYU DALAM MENGGAMBARKAN IDEALISME, NILAI, PANDANGAN HIDUP, ADAT, BUDI, KESEDARAN MORAL DAN VISI BANGSA DAN MASYARAKATNYA MELALUI BENTUK SASTERA DAN SENI YANG TINGGI NILAINYA SEHINGGA KESAN SENI, BUDAYA DAN FALSAFAH KEKAL SEPANJANG ZAMAN DALAM MINDA KOLEKTIF BANGSA MELAYU.
Assalamualaikum
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia Nya dapat juga kami menyiapkan kerja kursus yang telah diberikan oleh pensyarah kami iaitu membina sebuah laman sesawang. Kerja kursus ini amat penting memandangkan ia merupakan sebahagian daripada kerja kursus bagi subjek BMS3022 Karya Agung Melayu.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada pensyarah kami iaitu Dr. Hj. Mohd Rashid Md Idris atas segala nasihat, dorongan, bantuan, dan keprihatinan beliau semasa menyiapkan laman sesawang ini. Bimbingan, pandangan, dan tunjuk ajar yang dihulurkan oleh beliau banyak membantu dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Kami amat menghargai kesabaran Dr. Hj. Mohd Rashid Md Idris yang sedia berkongsi maklumat dan kepakaran, senang dihubungi dan cepat dalam tindakan semasa membantu kami.
Ucapan jutaan terima kasih dirakamkan kepada kedua-dua ibu bapa kami kerana turut memberikan sokongan dan dorongan sepanjang kerja kursus ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga kami ucapkan kepada mereka kerana memberikan bantuan terutamanya daripada segi kewangan. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan bahagian kerja kursus masing-masing. Bantuan kalian memberi informasi-informasi terkini amatlah dihargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk kita sama-sama menyiapkan kerja kursus ini juga diakhiri dengan ucapan terima kasih.
Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak lain yang telah membantu kami sama ada secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang kami membina laman sesawang ini dan dibentangkan.
FAQ






//////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Dr. Hj. Mohd Rashid Md Idris
Pensyarah bagi kursus BSS3022 Karya Agung Melayu
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Universiti Pendidikan Sultan Idris




