top of page

Pengenalan

Tugasan BMS3022 Karya Agung Melayu, mengehendaki kami mengkaji tentang falsafah bahasa dan prinsip kesantunan bahasa. Dalam falsafah bahasa, kami mengkaji tentang makna falsafah, makna bahasa, pandangan tokoh tentang falsafah dan bahasa serta penggunaan falsafah bahasa dalam karya Hikayat Amir Hamzah. Prinsip kesempurnaan bahasa kami menggunakan karya I la Galilo.

 

Latar belakang Hikayat Amir Hamzah

Hikayat Amir Hamzah yang di selenggarakan oleh A. Samad Ahmad diterbitkan pada tahun 1987 dan dicetak oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Teks Hikayat ini mengandungi 712 muka surat. Hikayat ini digolongkan ke dalam sastera epik dari timur tengah. Hikayat ini mempunyai dua versi Arab dan Parsi. Hikayat ini begitu terkenal kerana ia menceritakan kegagahan Sayidina Hamzah iaitu bapa saudara kepada Nabi Muhammad SAW .

 

Sinopsis Hikayat Amir Hamzah

Hikayat Amir Hamzah menceritakan tentang kegagahan dan keperwiraan seorang pejuang Islam yang ulung pada zaman awal kebangkitan Islam. Beliau merupakan seorang pejuang yang amat ditakuti oleh musuh-musuh Islam. Ketika umurnya masih remaja beliau sudah menabur bakti dengan membebaskan kota suci Makah dari takluk kerajaan Yaman.Hikayat Amir Hamzah ini juga merupakan salah satu teks sastera lama yang amat penting dilihat dari sudut emosi, isi dan nilai kebudayaan. Teks yang sudah berusia ini mengandungi bukan sahaja cerita tetapi juga sejarah dan kebudayaan bangsa kita yang telah dibuktikan oleh para sarjana sebagai salah sebuah karya sastera yang penting.

 

Maksud Falsafah

Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani, iaitu “philosophia”.“philosophia” mempunyai kata dasarnya, iaitu “philo” dan “sophia”. Kata “philo” bermaksud cintaKata “sophia” bermaksud bijaksanaPhilosopia ialah cinta kepada kebijaksanaan.Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997), mendefinisikan falsafah sebagai pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain.

 

Pandangan Tokoh tentang Falsafah

Al-farabi: falsafah adalah ilmu tentang alam untuk menyelidiki hakikat yang sebenar.Al-kindi: falsafah adalah pengetahuan tentang realiti segala sesuatu, sejauh jangkauan kemampuan manusia.

 

 

Maksud bahasa

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997), bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok bahasa. Pandangan tokoh tentang bahasa, iaitu tokoh Asmah Haji Omar menyatakan bahawa bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga tekak manusia. Fredinand de Saussure pula menyatakan bahasa ialah satu sistem isyarat yang berupa gabungan makna dengan bayangan bunyi yang bersifat psikologi.

 

Pandangan tokoh tentang falsafah bahasa

Hashim Hj. Musa, (1994: 1) dalam Falsafah Pendidikan Bahasa, 2010 mengatakan bahawa falsafah bahasa secara umumnya meneliti hubungan antara bahasa dengan ilmu pengetahuan manusia, proses berfikir, pandangan dunia dan realiti kewujudan manusia dalam erti kata menilai bahasa sebagai pembawa makna, satu alat perhubungan, perakaman, pengimbuhan, pewarisan dan sebagai lambang atau simbol.

    Awang Sariyan dalam Falsafah Pendidikan Bahasa, 2010 menjelaskan falsafah bahasa terdiri daripada aspek perspektif Islam dengan menjelaskan bahawa pembicaraan aspek ini berkait erat dengan menjelaskan bahawa pembicaraan aspek ini berkait erat dengan gagasan pengislaman ilmu yang melibatkan keupayaan meletakkan segala ilmu termasuk linguistik dalam orientasi, objektif dan fokus yang berasaskan tasawur atau sudut pandangan sarwa Islam. Falsafah bahasa ialah bidang yang mengkaji atau menyelidiki kesahihan dalam bahasa. Falsafah bahasa berfungsi untuk meneliti dan memeriksa secara falsafah pengetahuan konsepsi yang wujud dalam fikiran secara abstrak. Konsep falsafah bahasaFalsafah terbahagi kepada pelbagai cabang dan antaranya ialah falsafah bahasa dan falsafah linguistik. Falsafah bahasa ialah usaha menganalisis ciri-ciri umum seperti makna, rujukan, kebenaran, penyahihan, lakuan pertuturan dan keperluan logistik. Falsafah bahasa juga dikategorikan sebagai kajian dalam bidang falsafah manakala falsafah linguistik ialah nama kaedah falsafah. (Falsafah Pendidikan Malaysia: 2010)

     Merujuk Hashim Hj. Musa dalam Falsafah Pendidikan Bahasa, falsafah terdiri daripada dua, iaitu falsafah bahasa dan falsafah linguistik. Falsafah linguistik ialah perbincangan tentang dasar falsafah yang terkandung dalam konsep dan istilah linguistik, iaitu penelitian tentang kaedah dan amalan yang digunakan oleh ahli-ahli linguistik deskriptif dalam disiplin mereka. Falsafah bahasa ialah meneliti dan memeriksa secara falsafah pengetahuan yang dipanggil ilmu dalam bentuk konsepsi yang wujud dalam fikiran secara abstrak contohnya kesedaran, kewujudan, kenyataan, ilmu, logik dan lain-lain. Selain itu, falsafah bahasa terbahagi kepada dua, iaitu analisis tentang struktur bahasa dan analisis tentang fungsi bahasa.Menurut Hashim Hj. Musa, (1994: 1) dalam Falsafah Pendidikan Bahasa, 2010 mengatakan bahawa falsafah bahasa secara umumnya meneliti hubungan antara bahasa dengan ilmu pengetahuan manusia, proses berfikir, pandangan dunia dan realiti kewujudan manusia dalam erti kata menilai bahasa sebagai pembawa makna, satu alat perhubungan, perakaman, pengimbuhan, pewarisan dan sebagai lambang atau simbol. Contoh falsafah bahasa yang meneliti hubungan antara bahasa dengan ilmu pengetahuan manusia, proses berfikir.Dalam Hikayat Amir Hamzah falsafah bahasa yang meneliti hubungan antara bahasa dengan ilmu pengetahuan manusia, proses berfikir ialah seperti berikut:

 

Falsafah kesetiaan tentera Amir Hamzah

 

Amir Hamzah dan tenteranya telah dikepung oleh tentera kafir Raja Nusyirwan. Beliau meminta tenteranya menyerahkan beliau kepada tentera kafir tersebut tetapi tenteranya enggan kerana menganggap Amir Hamzah ketua mereka selamanya. Contoh teks;

 

“Arakian setelah enam bulan lamanya dikepung dan diperangi oleh lasykar kafir itu, maka Amir Hamzah pun daruratlah. Pada suatu hari ia pun berkata kepada segala pahlawan taulannya, “Hei taulanku sekalian, adapun puncanya segala hal ini, sebab hamba seorang maka tuan hamba merasai seksa dan sengsara, kerana hambalah maka sekalian pun buta. Pada bicara hamba, baiklah tuan hamba sekalian serahkan akan hamba kepada Raja Nusyirwan…” Apabila mendengar demikian kata Amir Hamza, maka segala pahlawannya pun datang menyembah Amir Hamzah seraya berkata, “Ya Amirul Mukminin, jika seribu sekalipun ada nya nyawa hamba sekalian ini, akan hamba sekalian serahkan Amirul Mukmini. Usalah Amirul Mukminin berkata demikian…Hikayat Amir Hamzah 1987: 545

 

Falsafah kesetiaan Menteri Buzurjumhur

 

Menteri Buzurjumhur bukan sahaja bijak menilai pemerintah yang zalim malah beliau bersikap adil terhadap rakyat dan tanggungjawab mengekalkan keamanan negara. Falsafah kesetiaan yang ada pada diri Menteri Buzurjumhur ialah beliau terus menyokong perjuangan Amir Hamzah menentang Kisra. Contoh teks;

 

“Maka sembah Khoja Buzurjumhur Hakim”Hei raja, tiada siapa yang kuasa di dalam alam ini, melainkan Allah subhanahu wa taala jua. Jika sudah dengan hukum Allah, tiada dapat lagi aku mengelakkannya, dan redhalah aku barang yang didatangkan Allah subhanahu wa taala atasku, kerana aku hamba-Nya, tiada dapat melawan kehendak Tuhanku.” setelah Raja Nusyirwan mendengar kata Khoja Buzurjumhud Hakim demikian, maka semakin murka baginda. Pada ketika itu juga mata Khoja Busurjumhud Hakim kedua belahnya disuruh banginda cungkil.” Hikayat Amir Hamzah, 1987: 552

 

Falsafah kesetiaan tentera Amir Hamzah

 

Kesetiaan Mukbal Hulab terhadap Amir Hamzah dapat dilihat apabila Mukbal Hulab membela Amir Hamzah ketika Unjak menghina Amir Hamzah. Contoh teks;

 

“Setelah mendengar kata itu, ia pun berkata pula, “Hei Khoja, sedangkan tuannya Hamzah itu tiada tahu memanah, ini pula konon hambanya.” apabila didengar oleh Mukbal Hulab demikian kata Unjak itu, lalu ia pun berkata, “Hei hulubalang, mengapa engkau mengata penghulu kami Amir Hamzah itu bodoh di hadapan raja ini? Jikalau engkau sungguh pandai memanah, marilah kita memanah di hadapan raja ini.”Hikayat Amir Hamzah 1987: 93-94

 

 

 

Prinsip kesempurnaan berbahasa dalam hikayat I La Galigo

 

1. Berbahasa mengikut nahu

 

Nahu merupakan cabang ilmu linguistik yang berkaitan dengan sintaksis, morfologi, fonologi dan semantik. Dalam prinsip yang pertama ini iaitu berbahasa mengikut nahu menegaskan betapa pentingnya kita berbahasa dengan betul mengikut nahunya. Proses komunikasi atau berbahasa perlu mengikut nahunya agar maklumat yang ingin disampaikan itu mencapai objektifnya.

   Antara elemen-elemen penting dalam sesebuah komunikasi atau berbahasa ialah sumber, penerima, saluran, mesej, maklum balas, gangguan dan juga persekitaran. Bahasa merupakan suatu sistem. Hal ini membuktikan bahawa bahasa itu lengkap dan sempurna dari segi peraturan atau polanya.Selain itu, bahasa juga terdiri daripada sistem bunyi, sistem makna dan juga sistem tatabahasa. Bahasa yang digunakan dalam pertuturan dan juga penulisan sememangnya terikat dengan sistem tatabahasanya. Dalam sistem tatabahasa mahupun nahu, setiap perkataan perlu disusun dalam bentuk ayat yang sempurna dan memberi makna sebelum diucapkan ataupun ditulis.

  Penggunaan perkataan yang difahami umum(denotatif) juga penting agar pendengar dapat mentafsir makna dengan tepat. Penggunaan bahasa yang baik dan jelas akan meningkatkan keberkesanan pentafsiran makna oleh pendengar. Oleh itu, jika kita berbahasa dengan betul mengikut nahunya, maka mesej yang ehndak disampaikan kepada individu lain akan dapat disampaikan dengan jelas.

   Perkongsian makna juga amat penting dalam berbahasa. Setiap individu khusunya pendengar perlu mempunyai pengetahuan untuk memahami mesej yang hendak disampaikan oleh penutur apabila sesuatu proses komunikasi lisan berlaku. Perkongsian di sini bermaksud perkongsian makna terhadap sesuatu isyarat yang ingin digunakan oleh penutur dan pendengar dalam suatu proses komunikasi. Dalam prinsip ini, nahu dalam aspek sintaksis telah dikaji. Sintaksis ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat, tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Ia menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contoh kata komplemen yang selalu digunakan ialah ‘untuk’ dan ‘bahawa’.

 

Contoh ayat 1 :

‘anak yang baru lahir diperintahkannya dibuang atau dibunuh…’ (The Birth of I La Galigo,2005: 14)

 

Contoh ayat 2 : ‘Sesampainya tentara Luwu', kakak Bunga Manila mengumumkan bahwa Bunga Manila dan Sawerigading adalah bersaudara dan hal ini mengakhiri peperangan antara mereka berdua’.

 

Contoh ayat 3 : ‘Sarigade mendapat tahu bahwa kembarnya telah menikah dengan raja negeri itu yaitu Hulontalangi’.

 

   Jika dilihat contoh di atas ini, perkataan ‘bahawa’ ditulis sebagai ‘bahwa’ kerana ia merupakan kata dalam bahasa Indonesia yang mana ejaannya berbeza apabila ditulis dalam bahasa melayu tetapi membawa makna yang sama. I La Galigo merupakan sebuah sejarah mitos penciptaan dari peradaban Bugis di Sulawesi Selatan yang ditulis di antara abad ke-13 dan juga abad ke-15 dalam bentuk puisi bahasa Bugis kuno, ditulis dalam huruf Lontara kuno Bugis. Versi bahasa Bugis asli I La Galigo sekarang hanya dapat difahami oleh kurang seratus orang. Hanya sebahagian sahaja daripada teks I La Galigo yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia dan tidak ada versi lengkap dalam bahasa Inggeris. Namun demikian, terdapat sebuah buku yang menceritakan I La Galigo secara ringkas dengan menggunakan dwibahasa, iaitu bahasa Indonesia dan juga bahasa Inggeris. Buku tersebut bertajuk ‘The Birth of I La Galigo’.

   Walaupun buku tersebut menggunakan bahasa indonesia, namun pembaca dapat memahami isi kandungan buku tersebut. Mesej yang ingin disampaikan melalui buku tersebut juga tercapai kerana dapat difahami oleh pembaca. Buku tersebut juga ada menceritakan mengenai cara Sawerigading dalam mendapatkan I We Cudai. Berikut merupakan petikan yang terdapat dalam buku tersebut :

 

“Bagian yang konon paling digemari oleh masyarakat Bugis adalah yang mengungkapkan bagaimana Sawerigading berusaha mendapatkan I We Cudai. Putri yang sangat jelita dari Alecina ini mula-mula tidak mau dan merasa malu menerimanya sebagai suami tetapi karena kalah perang akhirnya terpaksa talkuk juga, dengan syarat yang hampir tidak mungkin dilaksanakan oleh Sawerigading. Namun dengan bantuan dua ekor kucing, Sawerigading berhasil menggauli I We Cudai dan mendapatkan anak, meskipun dalam proses hubungan mereka itu keduanya tak pernah saling melihat karean I We Cudai sebenarnya malu diperistri Sawerigading. Di atas tempat tidur yang gelap gulita, yang dikelilingi tujuh lapis kelambu, dilingkari tujuh lapis dinding, dijaga oleh sejumlah besar punggawa, Sawerigading berhasil melaksanakan tugasnya sebagai suami...”

“I We Cudai merasa sangat malu ketika mengidam dan kemudian melahirkan; bahkan tidak mau melihat anaknya sendiri. Anak yang baru lahir itu pun diperintahkannya untuk dibuang atau dibunuh, namun madunya dengan bangga dan setia mengurus anak tirinya sehingga besar dan perkasa. Anak itu adalah I La Galigo, yang sesudah dewasa bertemu dengan ibunya yang sejati, yang terpesona oleh kecakapan dan keperkasaannya. I We Cudai akhirnya juga menerima Sawerigading sebagai suaminya...” (The Birth of I La Galigo, 2005:14)

 

   Berdasarkan petikan tersebut, mesej yang ingin disampaikan kepada pembaca tercapai walaupun bahasa yang digunakan adalah bahasa Indonesia. Bahasa yang digunakan adalah mudah dan dapat difahami oleh pembaca, iaitu mengisahkan tentang kelahiran I La Galigo. Hal ini bermakna terjemahan teks I La Galigo ke dalam bahasa Indonesia memudahkan pembaca dapat mengetahui serba sedikit mengenai sejarah I La Galigo.Perkataan yang digunakan dalam buku tersebut juga adalah mudah dan tidak sukar untuk mengetahui maknanya. Oleh itu, walaupun terjemahan teks I La Galigo ke dalam bahasa Melayu belum pernah dilakukan, namun bahasa Indonesia yang mudah digunakan dapat menyampaikan mesej kepada pembaca tentang sejarah I La Galigo. Kulit buku I La Galigo Tulisan lontara Tulisan lontara dalam buku I La Galigo.

 

 

2. Berbahasa untuk menyampaikan maklumat yang sebenar

 

Hal yang demikian ini selari dengan firman Allah S.W.T yang dipetik oleh Mohd Rashid Md Idris (2012:70) yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar.” (Surah Al-Ahzab 33:70)

 

  Sesuatu maklumat yang disampaikan tidak hanya berlandaskan kepada kepercayaan dan emosi semata-mata. Seseorang itu hendaklah menyampaikannya berlandaskan penakulan yang tepat, sahih dan boleh dipercayai. Hal yang demikian bertujuan untuk mengelakkan maklumat tersebut bercanggah dengan fakta sebenar dan menghindarkan diri daripada melakukan fitnah.

  Hal ini juga bertepatan dengan agama Islam di mana setiap umat Islam diajar supaya mengkaji atau menyelidik terlebih dahulu maklumat yang diterima sebelum disampaikan dan tersebar dalam kalangan masyarakat. Perkara ini mengkehendaki seseorang itu untuk menggunakan perkataan yang tepat, jelas dan mudah difahami oleh orang lain.

    Karya sastera merupakan sebuah karya yang dicipta atau dilahirkan daripada sebuah pembentukan realiti yang diolah menjadi realiti yang mungkin dapat dipercayai atau sebaliknya. I La Galigo merupakan sebuah karya sastera yang lahir daripada pembentukan realiti dengan dunia ideal yang diyakini kebenarannya. Hal yang demikian ini disebabkan oleh karya tersebut telah menjadi pegangan kepada kehidupan masyarakat Bugis sejak dahulu lagi.

   Pada asasnya, masyarakat Bugis merupakan salah satu komuniti yang mempunyai struktur masyarakat yang sangant spesifik. Ciri-ciri kebudayaan masyarakat tersebut juga masih kekal dan dapat ditelusuri jejaknya dari zaman lampau sehinggalah kini. Kenyataan ini terbukti berdasarkan peninggalan-peninggalan bertulis yang terdapat di dalam karya I La Galigo.

   Setiap peristiwa dan penceritaan tokoh-tokoh dalam Galigo merupakan gambaran kehidupan sebenar masyarakat awal Bugis. Hal yang demikian ini menandakan bahawa karya sastera ini bukan sahaja memiliki nilai estetikanya yang tinggi, malah masyarakat lain yang membaca karya ini mengetahui keadaan yang merangkumi kepercayaan, adat dan budaya masyarakat Bugis.

   Selain itu, karya agung Bugis ini juga menyampaikan maklumat mengenai sejarah awal Bugis dan I la Galigo ada menyimpan segala budaya dan peradaban Bugis yang kedudukannya tinggi dan besar sifatnya yang pernah wujud dalam sejarah, kebudayaan dan tamadun Bugis.

 

 

3. Berbahasa untuk tujuan ibadat / mentauhidkan Allah S.W.T

 

Berbahasa dikatakan beribadat apabila komunikasi yang berlaku itu memperlihatkan ciri-ciri penyampaian maklumat yang benar, berbahasa untuk saling menegur, menasihati dan yang paling jelas ialah penggunaan berbahasa sepanjang menuntut ilmu yang bermanfaat. Jelas bahawa berbahasa yang memperlihatkan kesan positif kepada diri sendiri atau orang lain merupakan salah satu kaedah untuk kita mentauhidkan Allah S.W.T.

  Berdasarkan epik atau karya sastera Bugis, iaitu I La Galigo kita dapat mengetahui keadaan awal masyarakat Bugis setelah kemasukan agama Islam di tanah mereka. Menurut pendapat Andi Muhammad Akhmar yang dipetik oleh Gusti Grehenson (2012) dalam penulisannya menyatakan bahawa sastera agung Bugis ini tidak hanya dinikmati sebagai sastera sahaja tetapi sebagai pencetus Islami kepada masyarakat Bugis.

  Kemasukan agama Islam dalam kalangan masyarakat Bugis berlaku tanpa menyingkirkan unsur-unsur lama mereka tetapi menyesuaikannya dengan unsur Islam. Seperti yang diketahui bahawa, sebelum kedatangan Islam, masyarakat Bugis di Sulawesi Selatan telah menganut kepercayaan kuno yang dikenali sebagai kepercayaan terhadap Dewa atau Dewata Seuwae (Tuhan yang Tunggal).            Lazimnya, karya I La Galigo yang juga disebut sebagai manuskrip La Galigo merupakan warisan masyarakat Bugis yang merangkumi empat aspek, iaitu keagamaan, kitab suci, tradisi dan kesenian.

   I La Galigo diketahui umum bahawa tidak banyak terpengaruh dengan agama Islam, akan tetapi berdasarkan prinsip falsafah yang ketiga ini dapatlah dikaitkan bahawa terdapat kisah yang unik mengenai Sawerigading yang memaparkan pentauhidan kepada Allah S.W.T. Menurut kepercayaan sebahagian masyarakat Bugis, Sawerigading yang diceritakan di dalam karya tersebut memiliki kekuatan yang luar biasa kerana beliau merupakan keturunan dewa, malahan sebahagian masyarakat itu menganggapnya sebagai Nabi yang diturunkan ke bumi.

 

 

Kesimpulan

    Kesimpulan pelbagai usaha yang melibatkan penterjemahan karya ini kepada bahasa-bahasa lain. Sebenarnya usaha tersebut memperlihatkan betapa pentingnya berbahasa kerana dapat menyampaikan idea atau perasaan seseorang itu. Ternyata bahawa dengan berbahasa, seseorang itu dapat menyampaikan sesuatu kepada masyarakat. Misalnya, karya I La Galigo ini yang memberitahu kepada masyarakat lain mengenai keunikan masyarakat Bugis sejak berabad-abad dahulu lagi.Walaupun pengarang karya agung ini masih tidak ketahui, namun sumbangannya dalam menggambarkan peranan berbahasa sangat besar kerana sebahagian daripada keadaan masyarakat Bugis dapat ditelusuri secara mendalam oleh masyarakat lain yang ingin mengetahuinya.. 

 

 

 

 

 

bottom of page